Pelatih PLKN Dibenar Cuti Hingga 16 Februari

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesemua 157 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Suria Merang, Terengganu yang dihantar pulang kerana disyaki mempunyai gejala seperti Influenza (ILI) dibenarkan terus bercuti sehingga 16 Febuari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mengarahkan mereka kembali hanya selepas cuti Tahun Baru Cina berakhir.

Semua pelatih PLKN seluruh negara, katanya dibenarkan pulang dari 12 hingga 16 Februari sempena perayaan itu dan semua kos penghantaran ulang untuk semua 157 pelatih ini akan ditanggung oleh jabatannya.

“Saya berharap para pelatih yang dihantar pulang ini mengikut arahan doktor, tidak keluar dari rumah dan sentiasa menjaga kesihatan,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi meminta ibu bapa pelatih-pelatih kem yang dikuarantin dalam kem tersebut tidak bimbang kerana anak-anak mereka dipantau oleh pengawai kesihatan yang bertauliah.

“Kami sentiasa memastikan keadaan kem sentiasa terjaga dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, apabila ditanya kenapa ada sebilangan daripada mereka dihantar pulang dan sebilangan yang lain dikuarantin beliau berkata, itu merupakan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Jabatan kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam soal ini dan sebarang keputusan yang dibuat adalah diatas nasihat dan arahan kementerian tersebut,” katanya.

Sementara itu, sama ada pelatih-pelatih PLKN dikuarantin sejak 2 Febuari lepas seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini dibenarkan pulang ke rumah untuk cuti percayaan Tahun Baru Cina akan datang tidak dapat dipastikan.

“Apa-apa pengumuman mengenainya akan dibuat kelak jika perlu, tetapi buat masa sekarang, saya tidak tahu sama ada mereka yang dikuarantin akan dibenarkan pulang,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan