Pelajar Tajaan Kerajaan Tak Dibenar Tangguh Pulang Ke Tanah Air

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di luar negara dalam semua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa kerajaan tidak lagi dibenarkan menangguh kepulangan mereka ke tanah air atas apa juga alasan.

Dasar baru itu terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 tahun 2010 yang berkuatkuasa 29 Januari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, ekoran itu Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 yang bertajuk "Dasar Penangguhan Balik Pelajar-Pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara" dibatalkan.

Dasar itu membenarkan pelajar menangguhkan kepulangan mereka ke tanah air dengan sebab tertentu seperti malanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran atau menunggu pasangan, sama ada suami atau isteri yang ditaja oleh agensi kerajaan, untuk menamatkan pengajian.

Dalam pekeliling yang baru itu, Ismail berkata, pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan kerajaan sama ada secara biasiswa atau pinjaman pelajaran hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani "housemanship" setelah tamat pelajaran.

"Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas, kerajaan berpandangan bahawa dengan mengambil kira bidang tertentu yang amat diperlukan negara, pelajar dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara," katanya.

Ismail berkata, pelajar dalam bidang kritikal itu bagaimanapun akan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran dan sub-kepakaran semasa berkhidmat kelak.

Katanya, pelajar yang ditaja secara pinjaman pelajaran, sama ada bagi bidang kritikal ataupun bukan kritikal, dibenarkan membuat penangguhan balik bergantung kepada pertimbangan kerajaan dengan penguatkuasaan daripada segi melapor diri dan bayaran balik pinjaman perlu dipertingkatkan.

Dalam pekeliling itu juga Ismail menjelaskan bahawa pelajar yang dalam tempoh pengajian tidak boleh berkahwin kecuali dengan kebenaran kerajaan.

Sebarang pertanyaan mengenai pekeliling tersebut boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853000 atau 03-88854000 atau hadir sendiri ke Bahagian Latihan, JPA di Aras 6, Blok C1, Kompleks C, Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan