Pakej Susur Sungai Sasar 150,000 Pelancong

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan Sungai Kilim di Ayer Hangat di sini mensasarkan untuk menarik kira-kira 150,000 pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyusuri sungai itu bagi melihat keindahan alam sekitarnya.

Pengerusi Komuniti tersebut, Omar Ariffin berkata, pihaknya menyediakan 70 bot untuk membawa pelancong dengan bayaran antara RM200 dan RM400 bagi satu bot bagi perjalanan antara satu hingga empat jam.

"Di bawah pakej Mangrove Tour ini, para pengunjung boleh melihat pelbagai keunikan seperti hutan bakau, spesis burung, bukit batu kapur yang berusia antara 380 hingga 400 juta tahun, kawasan geopark, ternakan ikan dalam sangkar serta menikmati makanan segar di restoran terapung," katanya.

Omar berkata, sebanyak 101,790 pelancong seperti dari England, Jerman, Jepun, India, Arab, Finland, Russia, Denmark, Korea dan pelancong tempatan telah mengunjungi Sungai Kilim tahun lepas dengan lebih 15,000 trip perkhidmatan bot dilakukan.

Selain mengadakan perkhidmatan bot katanya, komuniti itu juga menjalankan projek menternak ikan dalam sangkar dengan ikan kerapu harimau mendapat pasaran mengalakkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan