Nasir Safar Mohon Maaf Buat Kenyataan Dianggap Perkauman

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung satu kenyataan yang dianggap bersifat perkauman.

Dalam satu kenyataan di sini, Nasir berkata beliau sedar mengenai pelbagai reaksi selepas ucapan yang dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada Selasa lepas.

"Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan saya telah meminta maaf atas sebarang kesalahan," katanya.

Nasir berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengambil tanggungjawab akibat isu itu.

"Di sini, saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataan tersebut yang dianggap perkauman, sesungguhnya saya tidak bersikap demikian," katanya.

Nasir berkata beliau yakin gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib merupakan pendekatan yang dapat membawa kesejahteraan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan