Najib Minta Melaka Rangka Strategi Promosikan LTAM

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta supaya kerajaan Melaka merangka strategi pengisian khusus bagi menjadikan Lapangan Terbang Antarabagsa Melaka (LTAM) sebagai pintu masuk utama buat pelawat dari negara jiran ke dalam negara, di samping mengoptimakan pengunaannya.

Berucap ketika merasmikan LTAM di Batu Berendam di sini hari ini beliau berkata, lapangan terbang itu yang mempunyai kemudahan moden dan hebat, mampu menarik kunjungan lebih ramai pelawat termasuk pelancong, pelancong kesihatan, dan pelabur.

"Inilah kebaikannya, (dengan adanya LTAM) pelancongan boleh bertambah, pelancongan kesihatan boleh meningkat dan pelabur pun boleh datang," kata beliau yang berada di sini untuk lawatan kerja sehari ke Melaka. Pesawat khas yang membawa Najib mendarat di lapangan terbang itu kira-kira pukul 9.15 pagi.

Beliau berkata antara aspek yang patut dikembangkan ialah usaha meningkatkan connectivity, umpamanya dengan menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di lapangan itu seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly dan AirAsia, di samping mencari destinasi yang baru untuk penerbangan terus ke sini, seperti Medan, Indonesia.

Syarikat penerbangan yang menggunakan perkhidmatan LTAM ketika ini ialah Riau Airlines yang menawarkan khidmat perjalanan bagi sektor Pekan Baru-Melaka-Pekan Baru.

Najib berkata, jenama "Melaka" itu sememangnya tersohor seantero dunia dengan unsur-unsur sejarahnya, dan dengan membangunkan elemen-elemen moden seperti pembinaan LTAM, ia akan menjadikan Melaka lebih tersohor di peta dunia.

Beliau berkata, sektor penerbangan juga mampu memberi kesan pengandaan perolehan yang cukup besar, menjangkau hingga 12.5 kali.

"Bayangkanlah jika boleh bawa satu satu juta (pelancong), sebab itulah kena diusahakan soal pengisian lapangan terbang ini," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta kerajaan Melaka supaya bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, bukan sahaja dari aspek pengindahan prasarana itu sahaja, tetapi juga dari aspek mengoptimakan pengunaannya.

Sementara itu, pada sidang media di Seri Bendahara selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Melaka, Najib yang ditanya mengenai permohonan kerajaan Melaka agar pinjaman RM60 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja menaik taraf LTAM itu ditukar kepada bentuk bantuan berkata:"Kita kena tengoklah nanti,".

Najib berkata, apa yang penting adalah usaha menambah bilangan penerbangan di LTAM.

"Kita kena bincang dengan Ketua Menteri, saya ada satu dua cadangan untuk menambah penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Melaka," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis perasmian itu berkata LTAM merupakan antara lapangan terbang yang tersibuk di Malaysia kerana ia turut menyediakan kemudahan prasarana kepada penerbangan bukan komersil, iaitu bagi pesawat latihan Akademi Penerbangan Malaysia.

Mohd Ali berkata, pelancongan kesihatan adalah salah satu sektor yang dilihat paling menonjol daripada 12 sub-sektor pelancongan yang diperkenalkan Melaka, dengan mencatatkan kemasukan 70,815 pesakit pada tahun 2008 dan 51,511 pada tahun lepas. Mohd Ali berkata, majoriti pelancong datang ke Melaka bagi tujuan rawatan adalah dari Indonesia yang menjangkau 67,175 pesakit pada tahun 2008, dan tahun lepas jumlahnya ialah 51,511 orang.

Katanya, sumbangan dari pelancong kesihatan Indonesia kepada negara tahun lepas berjumlah kira-kira RM135 juta.

Beliau berkata, Lion Air dari Indonesia dijangka akan menggunakan perkhidmatan di LTAM mulai Mac ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan