Kes Liwat Anwar Punca Urusan Mahkamah Sedikit Sukar

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan besar pengunjung yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini bagi mengikuti perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kesukaran kepada peguam dan orang ramai yang mempunyai urusan mahkamah.

Kawalan keselamatan yang lebih ketat di sekitar bangunan mahkamah dan kawasan persekitarannya, turut merumitkan keadaan. Para pengunjung ke kompleks enam tingkat itu juga hanya dibenarkan menggunakan lif-lif tertentu sahaja.

Tinjauan Bernama juga mendapati sejak kes perbicaraan itu bermula, pengunjung ke kompleks mahkamah itu tidak lagi dibenarkan meletakkan kenderaan di sepanjang jalan raya berhampiran dengan kompleks mahkamah dan terpaksa meletakkan kenderaan masing-masing lebih jauh.

Pagi ini, para wartawan yang membuat liputan di mahkamah turut berhadapan dengan masalah apabila tidak dibenarkan naik ke tingkat lima untuk ke pusat media.

Tingkat lima itu turut menempatkan Mahkamah Tinggi 3 yang mendengar kes Anwar.

Kekecohan itu bagaimanapun dapat diatasi apabila Pegawai Penjaga Mahkamah Supt R.Munusamy campur tangan dalam masalah berkenaan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada pemberita bahawa wujud salah faham.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Norila Mohd Daud yang mendapat aduan daripada beberapa wartawan bertugas mengenai perkara itu turut meluangkan masa selama dua jam meninjau keadaan di mahkamah dan bertemu dengan Munusamy.

Norila melahirkan rasa puashatinya dan terima kasihnya dengan kerjasama yang diberikan oleh Munusamy dalam memudahkan tugas wartawan membuat liputan di kompleks mahkamah itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan