Kenyataan Perkauman: Nasir Safar Mohon Maaf Secara Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung satu kenyataan yang dianggap bersifat perkauman.

Dalam satu kenyataan di sini, Nasir berkata beliau sedar mengenai pelbagai reaksi selepas ucapan yang dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada Selasa lepas.

"Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan saya telah meminta maaf atas sebarang kesalahan," katanya.

Nasir berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengambil tanggungjawab akibat isu itu.

"Di sini, saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataan tersebut yang dianggap perkauman, sesungguhnya saya tidak bersikap demikian," katanya.

Nasir berkata beliau yakin gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Najib merupakan pendekatan yang dapat membawa kesejahteraan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan