Jeff Ooi Biadap, Perlu Minta Maaf: Johari

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kemelut politik kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang semakin meruncing apabila pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini secara terbuka semakin lantang mengkritik antara satu sama lain.

Terbaru, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri (Pengurusan) PKR, Johari Kassim, menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang melabelkan parti itu macam sampah sarap sebagai biadap dan tidak menghormati rakan dalam pakatan pembangkang.

"Kenyataan Jeff yang melabelkan PKR sebagai parti yang macam sampah sarap adalah keterlauan dan tidak menghormati PKR sebagai komponen pakatan pembangkang.

"Pimpinan (PKR) negeri dan Pusat patut menghantar memorandum meminta Jeff meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya yang biadap itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mendakwa, Jeff sengaja mengeruhkan suasana dalam pakatan pembangkang dengan melabelkan PKR sebagai parti yang terkenal dalam mengutip sampah sarap sebagai anggotanya.

Johari berkata, kenyataan Jeff itu umpama memperkecilkan keseluruhan kepimpinan PKR kerana keanggotaan dalam parti disahkan oleh pemimpin parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan