Jangan Persoal Hak Bukan Melayu : Tun Dr M

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hak golongan bukan Melayu dalam negara ini tidak harus dipersoalkan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sudah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa kaum Melayu merupakan golongan bumiputera negara ini manakala golongan bukan Melayu mempunyai hak kewarganegaraan.

“Perkara itu tidak wajar dipersoal. Sudah dinyatakan dalam perlembagaan yang hak kewarganegaraan seseorang tidak boleh dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bangunan Yayasan Hati Malaysia di Ara Damansara di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ceramah bersifat perkauman yang dibuat oleh Menteri Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.

“Ia merupakan satu kenyataan yang buruk. Jika benar sekalipun, bukan adat kita untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Golongan bukan Melayu di Malaysia kini merupakan anak-anak mereka yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan baru menjejakkan kaki di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bahari Jamali berkata, kenyataan Nasir tidak menggambarkan pendirian Umno dalam apa cara sekalipun.

Menurutnya, Umno Johor sentiasa mencari jalan untuk menyatukan semua pihak agar dapat bekerjasama dan pada masa yang sama tidak menyinggung perasaan sesiapa.

“Saya terkejut mendengar kenyataan itu dan sama sekali tidak menyangka beliau bersifat perkauman,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC, Datuk S.Subramaniam berkata, tindakan segera Najib memperlihatkan keseriusan serta komitmen beliau dalam memastikan kejayaan dasar 1Malaysia.

“Tindakan itu harus dijadikan teladan untuk memastikan kenyataan sedemikian tidak diulangi oleh mana-mana pihak," katanya.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan pula berkata, dakwaan kenyataan itu boleh memburukkan lagi ketegangan politik dalam negara.

Namun, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), yang merupakan badan bukan kerajaan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Nasir.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau memahami sebab kenapa Nasir mengeluarkan kenyataan demikian dan jika beliau ditempat Nasir, mungkin beliau akan mengeluarkan kenyataan yang lebih keras.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia juga turut menyokong kenyataan Nasir dan menyatakan ia disalah tafsir daripada konteks sebenar.

Timbalan Presidennya, Najieb Mokhtar berkata, Nasir tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Hanya segelintir sahaja peserta pada majlis tersebut tersinggung dan bertindak keluar dewan,” katanya yang turut menghadiri seminar itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan