45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementerian Pelajaran Diberi Ingatan

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Pelajaran hari ini mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenarai hitam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan