Yeop Adlan Bukan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Sejak Julai 2009

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menjelaskan bahawa Datuk Yeop Adlan Che Rose telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti sejak Julai 2009.

Malah parti itu menegaskan bahawa peletakan jawatan tersebut tidak ada hubung kait dengan isu tindakan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana Yeop Adlan meletakan jawatan dalam PKR sejak tahun lalu.

Tambahnya, jawatan tersebut telah pun digantikan dengan Syed Kamaruzzaman.

"Memang beliau dah letak jawatan dalam PKR, tapi bukan letak hari ini ataupun baru-baru ini.

"Tahun lepas lagi dah letak... jadi kenapa nak kaitkan dengan isu YB (Yang Berhormat) Zulkifli pula," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris hari ini yang memetik sumber dalaman parti itu mengenai peletakan jawatan Yeop Adlan kerana kecewa.

Laporan berkenaan mengatakan Yeop Adlan kecewa dengan keputusan Biro Politik PKR yang merujuk Zulkifli kepada lembaga disiplin parti kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Sementara itu, Yeop Adlan ketika dihubungi melahirkan rasa terkejutnya dengan laporan akhbar berkenaan.

"Saya letak jawatan? Bila? Hari ini atau semalam?" katanya.

Menjelaskan mengenai perkara sebenar, beliau berkata, statusnya dalam PKR hanya pemimpin yang dipinjamkan daripada PAS.

"Saya sebenarnya ialah ahli PAS, saya hanya dipinjamkan kepada PKR untuk membantu parti itu.

"Bila dah tamat tempoh perkhidmatan yang dipinjamkan itu, saya kembalilah kepada PAS," katanya.

Selain itu, beliau telah meninggalkan PKR sejak Julai tahun lepas namun hairan mengapa isu berkenaan sengaja dibangkitkan sekarang.

"Patutnya tahun lepas isu ini (letak jawatan) ditimbulkan, bukannya sekarang.

"Seingat saya sejak Julai (tahun lepas) lagi saya dah letak jawatan," katanya.

Yeop Adlan dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin pada rombakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR April tahun lalu.

Sebelum ini beliau adalah AJK Lajnah Antarabangsa PAS dan pernah mewakili parti itu bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum 2004 tetapi tewas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan