SPRM Adakan Perjumpaan Dengan Media Alternatif

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan media alternatif bagi memberi taklimat dan mengadakan perbincangan dua hala untuk meningkatkan kerjasama dalam pencegahan rasuah.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, perjumpaan yang julung kali diadakan itu dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed dengan Ketua-ketua Pengarang Media Alternatif di ibu pejabat SPRM di sini pagi ini.

Pihak media alternatif yang hadir terdiri daripada akhbar Harakah, Harakah Daily, Merdeka Review, Rocket, Suara Keadilan, TV Selangor, MalaysiaKini, Malaysian Insider dan Konsep Era Pakatan.

"SPRM berharap perjumpaan seumpama ini dapat dijadikan medan perbincangan dua hala di antara SPRM dengan pihak media agar aspirasi suruhanjaya itu untuk meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pencegahan rasuah berasaskan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme dapat dicapai," menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM perjumpaan seperti itu akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membina hubungan baik di antara SPRM dan media. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan