PKR Tidak Akan Terjejas: Mansor

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti, kata Pengerusi badan perhubungan parti negeri, Mansor Othman.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.

Mengenai gesaan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata, saranan itu bukan pendirian parti.

"Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun-tahun kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan pada kalangan anggota Exco.

"Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP, Tham Weng Fatt bahawa ada perselisihan antara kalangan anggota Exco dari DAP dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata, bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan