Pasport Malaysia RM100: Lebih 300,000 Dikeluarkan Dalam Tempoh 2 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya dalam dua bulan sahaja, lebih 300,000 pasport Malaysia dikeluarkan sejak kerajaan mengumumkan harga baru dokumen perjalanan terbabit dengan harga RM100 untuk tempoh dua tahun pada 1 Oktober lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman memberitahu, sambutan yang dianggap luar biasa dalam tempoh hanya dua bulan itu adalah di luar jangkaan agensi berkenaan.

Sehubungan itu, kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik harga istimewa itu dalam masa terdekat, jelas beliau.

"Sambutan yang diterima amat luar biasa dan pihak Imigresen amat gembira dengan respon yang diberi oleh rakyat.

"Kita menjangkakan angka itu akan meningkat naik sepanjang tahun ini," katanya kepada mStar Online di sini semalam.

Pada September lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) alternatif dengan kos lebih rendah yang mampu dimiliki.

PMA mampu milik itu hanya berharga RM100 untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun.

Berbanding yang ada sebelum itu iaitu 32 muka surat dan 64 muka surat, masing-masing berharga RM300 dan RM600 untuk tempoh sah laku lima tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, angka tersebut meningkat secara mendadak pada November lalu bersempena cuti sekolah.

Beliau menjangkakan bilangan pemilik pasport baru akan meningkat sempena cuti Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Sementara itu mengulas statistik yang dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap jabatan itu, beliau menyifatkan laporan yang dibuat orang ramai sebagai respon yang baik untuk jabatan itu memperbaiki perkhidmatan kepada rakyat.

"Untuk menyelesaikan semua masalah adalah tidak mungkin, kerana jabatan ini memberi perkhidmatan kepada orang awam.

"Oleh itu adalah agak susah untuk pihak kami untuk memuaskan hati semua pihak yang datang ke sini," ujarnya.

Katanya lagi, pihak jabatan tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab kepada BPA untuk menyelesaikan aduan pengguna malah sentiasa mendengar dan memberi respon terhadap setiap masalah yang diadu terus kepada mereka.

Tambahnya lagi, orang awam yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh jabatan itu boleh terus menghubungi Unit Komunikasi Korporat jabatan itu jika terdapat sebarang masalah.

Statistik yang dikeluarkan oleh BPA untuk tahun 2009 merekodkan aduan terhadap jabatan itu meningkat kepada 274 kes berbanding 213 kes pada tahun 2008 sekaligus meletakkannya dalam senarai 10 agensi kerajaan yang paling banyak menerima aduan pada sepanjang tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan