Ong Cuti Sakit Kerana Jalani Pembedahan

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sedang bercuti sakit kerana menjalani pembedahan kecil di bahagian tumit kaki, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian itu hari ini.

Kenyataan itu menyebut Ong yang juga Presiden MCA tidak akan menghadiri sebarang majlis dalam tempoh beberapa hari.

"Dalam tempoh itu, beliau memerlukan waktu tenang untuk berehat dan sembuh semula," kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan