Fail Siasatan Kes Pegawai Khas PM Telah Dibuka - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar akan disiasat berhubung kenyataan didakwa bersifat perkauman yang dibuat di Melaka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa fail siasatan terhadap beliau telah dibuka bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.

"Seperti juga laporan polis lain yang dibuat sebelum ini, polis akan menyiasat kes ini dengan telus. Kami perlu mengesahkan setiap kenyataan yang dibuat oleh beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai 12 laporan polis yang dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya sewaktu seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ekoran kenyataan itu, beberapa anggota perwakilan MIC dan MCA yang turut mengikuti seminar itu bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Hishammuddin berkata tindakan yang diambil ke atas Nasir membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri amat telus dan serius dalam mentadbir negara.

"Nasir telah mengenali Perdana Menteri lebih daripada 30 tahun. Jadi ia bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah agenda yang mengatasi soal hubungan peribadi, termasuk pertalian darah kerana kita melihatnya daripada konteks negara.

"Ini juga bukan perkauman. Beliau (Nasir) mungkin telah terlanjur kata, tetapi kesannya sangat buruk jika dimainkan oleh pihak tertentu dan dilihat daripada perspektif lain, selain daripada objektif Perdana Menteri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan