Belia Jepun Pelajari Budaya Melayu

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Lapan orang belia Jepun yang akan berkhidmat secara sukarela di beberapa buah sekolah di seluruh negara tiba di sini hari ini.

Mereka juga akan mendalami bahasa Melayu dan mengenal adat Melayu semasa tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di sini.

Mereka akan mengikuti program anjuran Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 16 hari di sini sebelum dihantar ke tempat bertugas masing-masing mulai 21 Februari.

Pegawai Penyelaras Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) JKM Kelantan. Nor A'sikin Hamzah berkata, mereka akan tinggal di beberapa program inap desa di Kelantan dengan jagaan keluarga angkat dan bekerja sebagai sukarelawan di PDK di sini.

"Mereka akan didedahkan dengan budaya Melayu masyarakat Kelantan selama dua minggu sebelum dihantar ke destinasi masing- masing termasuk di Sabah sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Sukarelawan JICA, Miura Yasuo berkata, kini terdapat 39 orang sukarelawan Jepun di Malaysia sedang berkhidmat sebagai anggota sukarela di seluruh negara selama dua tahun.

Beliau berkata, penghantaran belia untuk berkhidmat secara sukarela di negara ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dua negara, di samping mengenali adat resam masyarakat Melayu dan lain-lain kaum di Malaysia.

"Lebih RM1 juta setahun diperuntukkan bagi tujuan itu dengan purata sukarelawan yang dihantar setiap tahun seramai 20 orang," katanya.

Beliau percaya melalui program itu dapat mengeratkan lagi hubungan dua negara yang sedia terjalin di samping meningkatkan pendidikan dan disiplin dalam bidang kerjaya antara masyarakat kedua-dua negara.

"Bilangan belia sukarela yang dihantar sekarang berkurangan, di sebab Malaysia sudah maju dan sudah dapat melakukan sendiri dengan lebih baik," katanya.

Seorang peserta, Aoi Takayama, 31, melahirkan rasa seronok berada di negara ini dan menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap di samping masyarakat yang penyayang dan berbudi bahasa.

"Saya suka berada di Malaysia, saya sudah pandai bercakap bahasa Melayu sikit-sikit," katanya yang berasal dari Kobe. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan