Abdullah Majid dari "3 Abdul ISA" Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Manusia, Datuk Abdullah Majid, 85, yang menjadi lebih popular selepas ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama dua lagi “Abdul” meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Taman Desa hari ini.

Abdullah meninggalkan seorang isteri, Datin Hamidah Hussein, anak lelaki Rozhan Anuar, 43 dan anak perempuan, Rozana Meili, 44.

Anak saudaranya Adlina Wahab berkata, ahli keluarga hanya menyedari mengenai kematiannya pada lebih kurang jam 6 pagi apabila beliau tidak sedar dari tidur seperti biasa.

Jenazah beliau telah dibawa terlebih dahulu ke Masjid Tun Abdul Aziz di Petaling Jaya sebelum dibawa ke kampung asalnya di Kampung Durian Sebatang, Dong, Raub, Pahang.

Abdullah, seorang lulusan Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1953, memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai pembangunan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebelum berpindah ke Wisma Putra.

Pada Oktober 1970, beliau dilantik sebagai setiausaha akhbar Tun Abdul Razak sewaktu Razak dilantik sebagai timbalan perdana menteri. Allahyarham menyambung tugasnya sebagai setiausaha akhbar ketika Razak menjadi perdana menteri.

Abdullah meninggalkan jawatan itu pada tahun 1974 untuk bertanding dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Raub dan menang.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

Dua tahun kemudian, beliau telah ditukarkan ke Kementerian Pertanian dan Luar Bandar dan selepas Tun Hussein Onn mengambil alih jawatan perdana menteri ekoran kematian Tun Razak, Abdullah dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri buruh dan tenaga manusia, pada Mac 1976.

Tidak lama selepas itu iaitu pada November tahun yang sama, Abdullah telah ditahan di bawah ISA dan kekal di Kamunting selama empat tahun kerana disyaki terlibat dengan anasir subversif.

Turut ditahan bersama beliau ialah Abdullah Ahmad dan juga Abdul Samad Ismail. Dan ketiga-tiga mereka kemudiannya popular dengan gelaran 3 Abdul yang ditahan dibawa ISA.

Abdullah hanya dibebaskan pada 2 November 1981.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan