Tahap Kebersihan Langkawi Perlu Diberi Perhatian

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit hari ini menggesa pihak yang berkenaan agar memastikan tahap kebersihan di pulau peranginan Langkawi ditingkatkan selaras dengan kedudukan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Beliau berkata, ini kerana aspek kebersihan menjadi antara aset penting dalam usaha mempromosikan produk pelancongan.

"Kita yakin dengan beberapa langkah diambil termasuk penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Environment Idaman (E-Idaman) mulai hari ini, masalah itu dapat diatasi", katanya kepada pemberita selepas melawat Jeti Sungai Kilim Ayer Hangat, di sini semalam.

Pada masa sekarang kutipan sampah di pulau peranginan itu adalah sekitar 86 tan metrik setiap hari.

Dawos turut meminta agar Majlis Perbandaran Langkawi mengambil tindakan tegas terhadap masalah pembuangan sampah merata-rata di pulau itu.

Dawos yang diiringi Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan bekas Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Mansor Ismail adalah dalam lawatan pertama beliau ke pulau peranginan itu selepas dilantik sebagai timbalan menteri berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan