Sistem AES Bagi Mengesan Pesalah Lalu Lintas Dilulus Kabinet

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang direka bagi mengesan pesalah lalu lintas telah diluluskan Kabinet.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata AES akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

"Saya gembira kita akan teruskan sistem itu (AES) selepas dikaji selama beberapa tahun. Memang ada bantahan di peringkat awal terhadap sistem itu oleh pihak tertentu, menyebabkan berlaku kelewatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pengangkutan Jalan di sini semalam.

AES yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, pada asasnya merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan-kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara dengan lokasinya sudahpun dikenalpasti oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institiut Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

"Sebab berlaku kemalangan jalan raya di negara ini, pada purata 7,000 setahun, ialah kelajuan dan jika kita dapat mengurangkan kelajuan di lebuh raya dan jalan-jalan utama, maka kita mungkin dapat mengurangkan angka itu," ujar beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan