Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8 Februari

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program Matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui internet, boleh mengemaskini permohonan mereka mulai 8 hingga 19 Februari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, peluang ini diberi bagi membolehkan pemohon membuat pilihan kolej dan pembetulan alamat, nombor telefon serta e-mel.

Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web, www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat pindaan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan