Polis Pahang Tingkat Rondaan Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang akan meningkatkan rondaan cegah jenayah khususnya di kawasan dan premis berisiko tinggi dirompak seperti bank, kedai emas dan kedai pajak gadai sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, tumpuan akan diberikan kepada daerah Temerloh, Bentong dan Kuantan memandangkan daerah tersebut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kacau Bubur Asyura di Kompleks Perumahan Polis Alor Akar di sini hari ini, beliau berkata, polis juga akan meningkatkan pemantauan kepada aktiviti judi terbuka yang biasanya banyak dijalankan semasa perayaan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan