Polis Beri Amaran Jangan Sertai Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak, khususnya penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berniat mengadakan perhimpunan haram di sini hari ini, supaya melupakan hasrat mereka itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata minggu lepas polis menerima maklumat bahawa ada pihak yang mengajak orang ramai berkumpul, hadir dan mendengar perbicaraan kes yang membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan oleh mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang perhimpunan. Sekiranya ada perhimpunan esok, ia adalah satu perhimpunan haram sepertimana yang peruntukkan Seksyen 27 Akta Polis 1967, (kerana) ia tidak mendapat permit atau lesen untuk mengadakan perhimpunan orang ramai," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat atau menyertai perhimpunan itu.

Khamis lepas Anwar memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan esok, dan menurut peguamnya S.N.Nair mahkamah menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang akan menentukan sama ada perbicaraan itu akan diteruskan atau sebaliknya.

Muhammad Sabtu berkata perhimpunan haram itu pastinya akan menimbulkan kesesakan lalulintas di sekitar kawasan terbabit di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang awam.

"Saya harap orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu demi menegakkan proses keadilan mahkamah yang akan berjalan esok kerana sebarang bentuk perhimpunan merupakan unsur-unsur kepada tindakan untuk menghalang kelancaran dan kelicinan proses keadilan itu," katanya.

"Tolong dengar dan beri kerjasama, jangan libatkan diri (dengan perhimpunan) esok yang akan menyusahkan orang lain," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan