KPDNKK Ambil Langkah Proaktif Atasi Kekurangan Bekalan Gula - Berita Semasa | mStar

KPDNKK Ambil Langkah Proaktif Atasi Kekurangan Bekalan Gula

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Daerah Kulim dan Bandar Baharu mengambil langkah proaktif dengan membawa bersama bekalan gula untuk diedarkan kepada peniaga ketika membuat pemeriksaan untuk menampung permintaan menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketuanya, Chin Ching Chung berkata pihaknya membuat pemantuan setiap hari di premis perniagaan di bandar dan luar bandar sejak tiga minggu lepas bagi memastikan bekalan mencukupi dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga apabila permintaan meningkat. "Permintaan di kedua-dua daerah ini dijangka meningkat melebihi penggunaan biasa sebanyak 20 tan sebulan menjelang Tahun Baru Cina 14 Februari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak yang memerlukan bekalan gula boleh memohon terus kepada pejabat bahagian itu di sini atau menghubungi Bilik Gerakannya yang dibuka sehingga 10 malam setiap hari melalui nombor 04-4963700. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan