Kerajaan Tubuh JawatanKuasa Bertindak Tangani Masalah Kebersihan

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kementerian Pelancongan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak untuk menangani masalah kebersihan di pulau Langkawi.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Majlis Perbandaran Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi, Tourism Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut. "Jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurang sebulan sekali atau mengikut keperluan untuk mendapat maklumbalas, selain itu pemantauan terus dibuat oleh kementerian berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata langkah kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada syarikat Environment Idaman (E-Idaman) mulai semalam adalah satu daripada langkah menangani masalah kebersihan di pulau bebas cukai itu.

Sementara itu, beliau berkata kementerian akan memasang lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa di tempat tumpuan pelancong bagi memudahkan mereka memahami keadaan sebenar kawasan itu termasuk aspek keselamatan.

Selain bahasa Inggeris, papan tanda yang akan dipasang mengikut kehadiran pelancong seperti Jerman, Itali, Jepun dan Arab, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan