Bonda Sultan Johor Ziarah Makam Almarhum Sultan Iskandar

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bonda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Hajjah Khalsom Abdullah, 72, menabur bunga di makam Almarhum Sultan Iskandar ketika menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Baru, hari ini. - Foto The Star oleh ABDUL RAHMAN EMBONG

JOHOR BARU: Khalsom Abdullah, bonda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Khalsom, 72, yang diiringi cucunda Tunku Abdul Jalil tiba di Makam Diraja kira-kira 2.30 petang untuk menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat pada 22 Januari lepas.

Terdahulu, bonda Sultan Johor itu tiba dengan pesawat khas Diraja Johor di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai kira-kira 12 tengah hari dari Subang, Selangor. Hajjah Khalsom yang tiba di ibu negara dari London malam semalam.

Sejurus tiba, Khalsom dibawa ke Istana Pasir Pelangi di sini untuk santapan tengah hari bersama-sama Sultan Johor.

Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima pada 23 Januari lepas di Istana Besar, Johor Baru berikutan kemangkatan ayahanda baginda sehari sebelum itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan