45 Kontraktor Projek 'Sakit' Diberi Ingatan

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Pelajaran hari ini mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenarai hitam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenarai hitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata, kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata, tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan