YWP Tambah Jumlah Pelajar Layak Terima Bantuan

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini mengumumkan penambahan 50 lagi penerima bantuan persekolahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah bagi setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Pengerusi YWP berkata, dengan penambahan itu, jumlah penerima bantuan persekolahan kini seramai 100 orang melibatkan kesemua 13 kawasan parlimen WP Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

"Bantuan persekolahan itu termasuk wang tunai RM150, beg sekolah, kasut serta alat tulis. Penambahan ini juga membuktikan YWP komited serta prihatin terhadap kebajikan dan pendidikan penerima terutama daripada keluarga berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat serta majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR dan Bantuan Persekolahan Parlimen Seputeh di sini hari ini.

Seramai 50 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima sijil serta bantuan persekolahan itu.

Raja Nong Chik berkata, kelulusan untuk menambah bilangan penerima bantuan itu merupakan satu cara meningkatkan peranan YWP yang ditubuhkan pada 9 April 1986 di bawah kementerian itu.

Mengenai program Juara Rakyat, beliau berkata program dua hari bermula semalam itu adalah yang pertama diadakan di Umno Bahagian Seputeh dan juga di peringkat Wilayah Persekutuan.

"Program hari ini adalah satu daripada usaha Umno Bahagian Seputeh untuk menyebarluaskan konsep Juara Rakyat terutama dalam bidang pendidikan. Saya ingin menyarankan agar kesemua kawasan Parlimen WP yang lain dapat mencontohi usaha itu bagi mendekati murid serta pelajar sekolah," katanya.

Katanya, program itu adalah cara Umno and Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjuarai rakyat serta membuktikan idealogi 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mulai diterima rakyat.

Program Juara Rakyat telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Januari lepas dalam usaha Umno mendampingi rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan