Tawaran Sertai Jawatankuasa Wang Ihsan Masih Terbuka Untuk Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Walaupun kerajaan Kelantan telah menolak tawaran menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri untuk menyertainya demi masa depan rakyat secara keseluruhan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memikirkan secara serius penolakan itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan yang sememangnya mahukan pembelaan dan pembangunan.

"Tawaran untuk sertai jawatankuasa ini masih terbuka buat kerajaan Kelantan dan jika masih menolak ia akan merugikan rakyat Kelantan.

"Kalau ada wakil kerajaan negeri, wakil itu boleh menentukan keutamaan dalam sektor tertentu untuk membelanjakan wang ihsan yang akan diterima pada Mac ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pertemuan Dengan Pengetua Kelantan di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bertegas kerajaan negeri yang diketuainya itu tidak akan menerima pelawaan menyertai jawatankuasa berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemberian wang ihsan yang bukannya royalti petroleum.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Kerajaan Pusat mempelawa kerajaan negeri melalui wakilnya untuk berada dalam jawatankuasa tersebut bagi pengagihan wang ihsan secara telus terhadap rakyat.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, pada 26 Januari lalu mengumumkan Kerajaan Pusat bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan pada Mac ini namun jumlah itu juga dipertikaikan oleh kerajaan negeri.

Mengulas isu itu lagi, Mustapa menjelaskan beliau telah diberi restu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan jumlah wang ihsan itu baru-baru ini.

"Ini bukan keputusan saya seorang kerana keputusan ini diambil secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan juga Petronas dan isu ini tidak perlu dipolitikkan oleh sesetengah pihak," katanya yang mengulas kenyataan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang mempertikaikan mengapa jumlah itu tidak diumumkan Perdana Menteri sendiri.

Beliau juga berkata, isu wang royalti yang ditimbulkan itu sebenarnya tidak menjejaskan keadaan keselamatan di Kelantan tetapi salah faham dan fitnah mengenai isu tersebut bagaimanapun perlu dihentikan segera.

"Banyak berlaku salah faham dan fitnah termasuk mengaitkan diri saya dan (Senator Datuk Dr) Awang Adek seolah-olah kami ini pengkhianat kepada rakyat Kelantan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan