Tahap Kebersihan Langkawi Perlu Diberi Perhatian

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit hari ini menggesa pihak yang berkenaan agar memastikan tahap kebersihan di pulau peranginan Langkawi ditingkatkan selaras dengan kedudukan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Beliau berkata, ini kerana aspek kebersihan menjadi antara aset penting dalam usaha mempromosikan produk pelancongan.

"Kita yakin dengan beberapa langkah diambil termasuk penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Environment Idaman (E-Idaman) mulai hari ini, masalah itu dapat diatasi", katanya kepada pemberita selepas melawat Jeti Sungai Kilim Ayer Hangat, di sini.

Pada masa sekarang kutipan sampah di pulau peranginan itu adalah sekitar 86 tan metrik setiap hari.

Dawos turut meminta agar Majlis Perbandaran Langkawi mengambil tindakan tegas terhadap masalah pembuangan sampah merata-rata di pulau itu.

Dawos yang diiringi Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan bekas Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Mansor Ismail adalah dalam lawatan pertama beliau ke pulau peranginan itu selepas dilantik sebagai timbalan menteri berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan