Sudah Terlewat Untuk Yayasan Melaka Bantu YBK - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata sudah terlewat untuk Yayasan Melaka membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu melunaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta tersebut.

Ini kerana katanya cukai itu telah tertunggak selama lapan tahun.

"Satu tahun tak apa, ini lapan tahun terlalu lama. Sekarang kita ada ketelusan dan kebertanggungjawaban, kita kena telus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat pelupusan sampah Worldwide Holdings Bhd di Bukit Kerayong, Jeram di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada Sabtu lepas bahawa Yayasan Melaka bersedia membantu YBK Selangor melunaskan cukai tertunggak itu jika kerajaan negeri Selangor setuju melanjutkan tempoh bayaran sehingga 1 Februari.

Sebelum itu, Pengerusi YBK negeri Datuk Zainal Abidin Sakom dilapor media sebagai berkata yayasan perlu menjelaskan cukai tanah seluas 526 hektar di Serendah, Rawang pada 30 Januari lepas.

Khalid juga menyarankan agar Yayasan Melaka membeli tanah itu pada harga pasaran sekiranya benar-benar mahu membantu YBK membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara itu di sana.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan merampas tanah itu, Khalid berkata:"Ia akan dilakukan mengikut proses."

Ada orang kampung yang tanah mereka dirampas kerana lewat membayar cukai tanah, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan