Strategi Baru Jais Banteras Ajaran Sesat

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi

SHAH ALAM: Dalam usaha membanteras ajaran sesat di seluruh Selangor, Jabatan Mufti Negeri bercadang untuk memfatwakan ajaran yang dibawa dan bukannya kumpulan yang membawa atau mengamalkannya semata-mata.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ia bagi mengelakkan kumpulan terbabit menukar nama sebaik sahaja mereka sedar sedang disiasat.

"Ini kerana apabila mereka tahu kita sedang menyiasat kumpulan mereka, jadi mereka cepat-cepat tukar nama.

"Kerana itu kita sedang kaji untuk memfatwakan bukan nama kumpulan tetapi ajaran yang dibawa oleh mereka. Sebabnya bila mereka tukar nama pun Jais masih boleh ambil tindakan ke atas mereka," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama mStar Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohammed Khusrin memberitahu, Jais masih memantau pergerakan serpihan kumpulan Al-Arqam termasuk Kelab Poligami Ikhwan (KPI) yang bergerak aktif di negeri itu ketika ini.

Katanya, kumpulan itu dipelopori oleh isteri bekas pengasas Al-Arqam yang diharamkan kerajaan, Ashaari Muhammad iaitu Hatijah Aam.

"Dalam kes kumpulan Al-Arqam selepas kita haramkan ajaran yang dibawa oleh kumpulan itu, mereka tukar nama kepada Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (SGIB) atau Rufaqa Corporation.

"Selepas kita haramkan kumpulan itu mereka tukar nama dan terbaru mereka guna nama Kelab Poligami Ikhwan,"

Katanya lagi, dalam kes kumpulan itu, jabatan berkenaan berupaya segera mematahkan usaha mereka untuk terus mengembangkan ajaran yang di bawa kerana mendapat maklumat daripada orang ramai.

"Kita segera fatwakan ajaran yang mereka bawa kerana kumpulan ini hanya menukar nama mereka sahaja sedangkan isi kandungan ajaran mereka memang memesongkan akidah umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohammed Khusrin menjelaskan, tidak sepertimana yang disangka ramai, pihak jabatan tidak terus menjatuhkan fatwa hanya berdasarkan aduan atau laporan awam melainkan setelah menjalankan siasatan terperinci mengenai kandungan ajaran sesuatu tarikat atau amalan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk diputuskan.

"Memang kita memerlukan masa yang panjang kerana kita memerlukan bukti kukuh. Tetapi ada juga ajaran yang tidak dapat difatwakan kerana tidak cukup bukti.

"Untuk memfatwakan seseorang itu salah dan sesat bukan mudah kerana ini soal akidah. Kalau kita silap kita bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat. Sebab itu kita mengambil masa yang lama untuk putuskan,” katanya.

Beliau menambah, Jais tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan yang sedang disiasat sehingga ia difatwakan.

Kumpulan Al-Arqam telah diharamkan pada Ogos 1994 selepas Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pengisytiharan pengharaman ke atas kumpulan berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan