Selangor Cadang Bina 1,442 Rumah Berkembar Selesai Isu Bukit Botak

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang membina 1,442 unit rumah teres berkembar di atas tanah seluas 55.8 hektar di bawah pelan pembangunan Bukit Botak sebagai jalan penyelesaian kepada isu projek pemindahan setinggan Bukit Botak, di Selayang.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata rumah itu akan dijual kepada peneroka dan pemilik tanah di kawasan itu pada harga RM90,000 walaupun nilai sebenar harga pasaran dianggarkan sekitar RM175,000.

Dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi yang dibina di atas kawasan seluas 2,200 kaki persegi serta reka bentuk moden yang mempunyai nilai komersil yang tinggi, projek yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa 20 hingga 24 bulan itu dijangka memberi imej baru kepada kawasan Bukit Botak.

"Cadangan pembangunan ini hanya dapat dilakukan setelah terbatalnya perjanjian di antara penduduk dan pemaju sebelumnya berikutan pengambilalihan semula tanah Bukit Botak," menurut kenyataan itu.

Menurutnya pengambilalihan tanah daripada pemaju yang diumumkan oleh kerajaan negeri sebelum ini adalah untuk mengembalikan hak penduduk.

Menurut kenyataan itu peneroka dan pemilik tanah yang bersetuju dengan cadangan berkenaan perlu menandatangani borang yang disediakan oleh Pejabat Tanah Gombak sebelum dokumen lanjut untuk mengesahkan pemilikan rumah disediakan.

"Bagi mereka yang bersetuju dengan cadangan ini, tetapi tidak berminat untuk menetap di Bukit Botak atau mereka yang tidak layak menerima pinjaman bank pula, kerajaan negeri boleh menjual rumah bagi pihak mereka pada nilai komersil dan semua hasil jualan akan diserahkan pada mereka," menurut kenyataan itu.

"Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan pelan pembangunan Bukit Botak itu pula, mereka hanya layak menerima pampasan pengambilalihan semula tanah mereka oleh kerajaan negeri dan tidak berhak ke atas rumah yang bakal dibina," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan