Pengguna Harian Rapid Penang Dijangka Cecah 100,000

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jumlah pengguna harian bas Rapid Penang dijangka mencapai 100,000 orang menjelang akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ketika ini jumlah pengguna perkhidmatan bas itu mencecah 65,000 orang setiap hari.

"Masa mula ditubuhkan pada tahun 2007, jumlah pengguna harian ialah 38,000 orang bagi operasi 33 laluan," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Pemantapan Laluan di Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam dari 13 peratus kepada 25 peratus pada tahun 2012.

Bagi memenuhi keperluan pengguna di negeri ini, Nor Mohamed berkata, pada suku pertama tahun ini, Rapid Penang akan mempunyai 350 bas yang merangkumi laluan di Seberang Perai dan bahagian pulau.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Rapid Penang Sdn Bhd, Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan bas Rapid Penang kini merangkumi 16 laluan di Seberang Perai dan tujuh lagi laluan akan ditambah secara berperingkat pada tahun ini.

"Dengan penambahan itu Rapid Penang bakal memiliki 49 laluan kesemuanya iaitu 26 laluan di bahagian pulau dan 23 laluan di Seberang Perai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan