Kejujuran KPI Penting Usahawan: Koh

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, kejujuran dan intergriti menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi para usahawan kerana ini dapat memastikan reputasi mereka sentiasa terpelihara.

Beliau berkata, kemajuan pesat teknologi komunikasi dan maklumat, reputasi sesebuah syarikat sangat mudah musnah jika kejujuran dan integriti tidak menjadi satu amalan.

"Bukanlah mudah untuk mengukurnya (kejujuran). Tetapi jika kita melakukan tinjauan pendapat mereka yang berurusniaga dengan anda, ketika itu kita akan dapat membuat satu ukuran (mengenai kejujuran dan integriti syarikat berkenaan)," katanya pada penyampaian Anugerah Kejujuran Syarikat Antarabangsa Rantau Asia Pasifik kelapan/Anugerah Keris 2009 di sini hari ini.

Anugerah anjuran Persatuan Pembangunan Usahawan (EDA) itu diadakan bagi menggalakkan usahawan menjadikan sikap jujur dan integriti satu amalan dalam urusniaga perniagaan mereka.

Koh juga menyarankan para usahawan supaya menggunakan ICT yang bermaksud "Intregrity Commitment and Trust (Integriti Komitmen dan Kepercayaan) sebagai asas untuk membina perniagaan mereka.

Daripada 602 syarikat di rantau Asia Pasifik yang dicalonkan untuk anugerah itu, 53 menerima anugerah dan nama syarikat itu disenaraikan dalam buku rekod anugerah yang akan diterbitkan pada April, katanya.

Koh berkata, buku itu akan diedarkan di seluruh dunia untuk memperkenalkan usahawan jujur terutamanya mereka dari Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan