Empat Beradik Malang Mula Bersekolah Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Empat beradik malang yang tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga mereka dan tidak mempunyai sijil kelahiran, memulakan persekolahan mereka hari ini.

Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9, kini belajar dalam Tahun Enam, Empat dan Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Sikamat di sini manakala abang mereka, Muhammad Hafis, 13, belajar di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Redza, Sikamat.

Empat beradik itu tinggal bersama emak saudara mereka, Maswira Muhamed Ali, 51, yang merupakan ibu tunggal di Rumah Rakyat Sikamat di sini.

Walaupun mereka berempat sudah ketinggalan jauh kerana sepatutnya mereka sudah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun, tetapi nyata mereka amat gembira.

Mohd Fais berkata, dia gembira dapat bersekolah dan belajar bersama-sama abang dan adiknya yang lain.

"Saya rasa seronok dapat belajar dan di sekolah juga ramai kawan- kawan," katanya ketika ditemui apabila Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdullah Mohammad melawat mereka di SK Sikamat hari ini. Turut hadir Guru Besar sekolah itu, Kamaruddin Abu Hassan dan Maswira.

Perasaan gembira memulakan persekolahan hari ini juga terpancar di wajah kedua-dua adiknya, Muhammad Fahmi dan Farranadwa.

Sementara itu, Abdullah berkata, beliau gembira kerana mendapati anak-anak ini ceria dan yang mengagumkan beliau ialah mereka yakin untuk menjalani alam persekolahan.

"Walaupun anak-anak ini dikekalkan di kelas mengikut umur mereka tapi kita akan pastikan mereka mengikuti kelas peralihan, pemulihan dan tuisyen untuk membantu mereka cepat belajar. Walaupun anak-anak ini tertinggal jauh tapi dengan sistem dan kaedah yang kita ada, saya percaya anak-anak ini akan cepat belajar.

"Saya telah meminta pihak sekolah menubuhkan satu jawatankuasa memantau dan memastikan pencapaian anak-anak ini. Saya juga minta pihak sekolah menyediakan laporan setiap minggu mengenai prestasi dan pencapaian mereka," katanya.

Maswira pula bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga hasrat empat anak saudaranya untuk bersekolah akhirnya tercapai.

Ditanya mengenai ibu bapa anak saudaranya itu, Maswira hanya berkata, ibu bapa anak saudaranya itu tidak bertanggungjawab. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan