Bekas Ahli MPPP Fail Saman Fitnah RM10 Juta Terhadap Jeff Ooi

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun hari ini kerana memfitnahnya dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Mohd Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman melalui peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor di Mahkamah Tinggi di sini.

Pernyataan tuntutan itu menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal internet.

Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan itu adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah dan berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.

Mohd Razali berkata tindakan saman itu dibuat selepas Jeff masih enggan membuat permohonan maaf walaupun telah diberikan tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Ooi berkata, beliau menerima apa saja tindakan yang diambil Razali terhadapnya dan semuanya akan diuruskan oleh peguamnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan