Tun Abdullah Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2010

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mendahului senarai 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini, hari ini.

Abdullah dianugerah darjah kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama" daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu turut dianugerahi SUMW.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula antara tujuh penerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Turut menerima SMW ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram dan Datuk James Foong Cheng Yuen, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Al-Bukhary, Datuk Ismail Yusof, Penasihat Media kepada Perdana Menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin dan Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra, Datuk Alies Anor Abdul yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Tiga pemimpin media iaitu Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarang Malay Mail, Ahirudin Attan yang lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan merupakan presiden penaja Alliance of Bloggers (All-Blogs) serta Pengarang Kumpulan Harian Metro, Mustapa Omar merupakan antara 27 penerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk".

Turut dianugerah PMW ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim, Hakim Mahkamah Tinggi, Lim Yee Lan, Dr Sharuddin Md Salleh yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Omar Abd Rahman.

Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr John Antony Xavier, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin, Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aziyah Mohamed, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am Jabatan Kerja Raya, Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran, Dr Haili Dolhan dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah.

Penerima lain PMW ialah Panglima Markas 4 Divisyen Kem Wardieburn Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim, Pengarah Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Muhamad Haitamin Ishak, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II (B) Leong Chee Woh, Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Mohd Idris Mohd Isa.

Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Bangsar, Tunku Zahiah Tunku Sulong, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Labuan, Yussof Mohammad, Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Umno Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd Yussof, Anggota Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Umno Bahagian Batu Yahaya, Mat Ghani, Setiausaha Badan Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Lai Kong Fah, Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan, K.P Peru Karupan, Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), A. Chandrakumanan yang juga pengerusi PPP Wilayah Persekutuan. Chef profesional negara, Redzuawan Ismail atau Chef Wan, perunding dan bekas pelumba basikal kebangsaan, Ng Joo Ngan serta Pengerusi Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail, Hassanuddin Ali juga turut menerima PMW.

Seramai 32 orang pula dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW) termasuk Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Zulkefli Salleh dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Shaharudin Abd Latif.

Seramai 30 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) termasuk Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mohd Ashraf Abdullah manakala seramai 43 menerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 90 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan