Perak Timbang Permohonan Sebuah Lagi Universiti Swasta

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Kerajaan Perak sedang menimbang satu lagi permohonan membina sebuah universiti swasta yang akan menyediakan pengajian secara berkembar dengan sebuah universiti terkemuka dari luar negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, cadangan yang dikemukakan oleh sebuah syarikat tempatan itu baru diterima minggu lepas.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu merupakan kerjasama antara pihak berkenaan dengan sebuah universiti terkemuka dari luar negara dan akan membabitkan pelaburan ratusan juta ringgit, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Umno Bahagian Lumut di sini hari ini.

"Kerajaan negeri sedang meneliti dan sedia mempertimbangkan permohonan itu yang turut disertakan dengan cadangan pelan pembinaan kampus tersebut," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 120 hektar di Gua Tempurung, Gopeng dekat Ipoh bagi pembinaan sebuah universiti perubatan antarabangsa yang mengadakan kerjasama dengan dengan beberapa universiti terkenal dari India.

Projek melibatkan jumlah pelaburan antara RM7 bilion hingga RM8 billion akan dmulakan tahun ini.

Mengenai cadangan yang baru diterima itu, Zambry berkata, kawasan yang diperlukan adalah seluas kira-kira 20 hektar dan kerajaan negeri sedang mengenalpasti kawasan yang sesuai.

"Kawasan dan IPTS yang bakal didirikan itu akan diumumkan sedikit masa lagi...kerajaan negeri memang mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak untuk mendirikan universiti dan pusat pendidikan di negeri ini dalam usaha menjadikan Perak sebagai pusat kecemerlangan ilmu," katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 378 orang pelajar yang mencatat keputusan terbaik dalam UPSR dan 194 pelajar PMR menerima hadiah dan sijil masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan