Penyeludupan Rokok Berleluasa

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Rokok seludup menjadi masalah utama di Malaysia ekoran harga rokok yang tinggi, hukuman ringan dan kurangnya penguatkuasaan.

Sehubungan itu, para pengusaha industri terbabit mendedahkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1.5 bilion dari segi pendapatan setiap tahun.

Di samping itu, pasaran gelap yang berkembang telah melahirkan satu industri besar-besaran di mana sindiket yang mengusahakan rangkaian operasi penyeludupan meraih keuntungan sehingga RM1 bilion setahun.

Ia juga menggagalkan usaha kerajaan menaikkan harga bahan berasas tembakau dan kempen anti-merokok dalam kalangan generasi muda merokok.

Tinjauan Star Probe mendapati, rokok seludup kini mudah diperolehi di gerai dan kedai-kedai di seluruh negara dalam pelbagai jenis dan jenama.

Kebanyakan mereka yang membeli rokok jenis ini rata-ratanya berasal daripada golongan berpendapatan rendah kerana ia boleh dibeli pada harga serendah RM2.50 untuk pek 20 batang sedangkan harga runcit bagi satu pek 20 batang rokok biasa dalam lingkungan RM6.40 dan RM9.30.

Pasaran gelap rokok kini secara perbandingan menguasai lebih sebatang daripada tiga batang rokok yang dijual di pasaran.

Menurut satu kajian rokok haram oleh Taylor Nelson Soffres yang ditauliahkan oleh pengilang utama rokok, hampir 38.7 peratus industri adalah haram.

Katanya, jumlah tersebut meningkat daripada 27.5 peratus pada tahun 2008. Ini bermakna daripada 23.3 bilion rokok yang digunakan pada tahun 2009, kira-kira sembilan produk adalah haram.

Pasaran sah telah menyusut sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2008 yang dijangka bernilai RM13.8 bilion.

Di rantau ini, Malaysia adalah salah sebuah negara yang mempunyai cukai tertinggi untuk rokok selepas Singapura.

Sindiket haram tersebut mengambil kesempatan mengaut keuntungan sebanyak RM1 bilion setahun hasil daripada pendirian kerajaan dalam membasmi tabiat merokok.

Para pemerhati industri berpendapat bahawa permintaan tinggi untuk rokok yang murah itu berpunca daripada cukai tinggi yang dikenakan oleh kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini, hukuman minimum untuk pesalah dan rokok haram mudah diperolehi.

"Pencukaian tinggi secara berlebihan adalah satu penyumbang utama meningkatnya perniagaan rokok haram di Malaysia," kata Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat JT International Berhad, Shareen Rahmat.

Katanya, masalah bertambah buruk dengan pencegahan yang tidak mencukupi serta hukuman yang dikeluarkan untuk penjualan serta penggunaan rokok haram adalah sangat minimum di Malaysia.

"Memandangkan perniagaan ini begitu menguntungkan, penyeludup bersedia menanggung risiko ditangkap semata-mata untuk memperoleh keuntungan.

"Penguatkuasaan sekarang adalah tidak cukup ketat untuk menghalang para penyeludup," kata Pengarah Kewangan British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT), Steve Rush.

Ketua Pembangunan Perniagaan BAT, Azlan Ibrahim memberitahu, kebanyakan penyeludupan adalah dari negara-negara jiran termasuk Thailand, Indonesia, Kemboja dan China.

Rangkaian canggih sindiket terbabit memudahkan penyeludupan berlaku.

"Sekarang, ahli-ahli sindiket memasuki Malaysia menerusi laluan darat melalui Thailand dan Singapura, laluan laut dari Indonesia dan penyeludupan menerusi pelabuhan," kata Azlan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf berkata, pihaknya berusaha menghentikan penjualan rokok haram.

"Kami tahu siapa mereka dan 'tempat panas'. Selain mempunyai risikan tersendiri, kami mempunyai satu rangkaian pemberi maklumat yang kami bayar untuk tujuan pengumpulan risikan," katanya.

Ketika KDRM terus menyerbu peruncit, fokus disasarkan pada pelabuhan dan pantai yang menjadi tempat masuk oleh penyeludup ke negara ini.

"Kini ia lebih menjurus kepada penipuan (menyelindungi rokok sebagai barang niaga) berbanding penyeludupan langsung oleh pihak terbabit.

"Kami telah melabur untuk mendapatkan peralatan teknologi tinggi serta perkakasan X-ray untuk mengesan rokok yang disembunyikan. Pegawai kami juga memerlukan bangunan yang berkapasiti lebih supaya setanding dengan penyeludup," katanya.

Beliau berkata, tiada strategi terbaik yang sesuai untuk semua situasi.

"Saya percaya lebih banyak usaha boleh dibuat (untuk mencegah penyeludupan rokok). Kita perlu menggunakan semua sumber yang ada, mengikuti situasi semasa dan serba boleh untuk mengakali penyeludup," katanya.

Sehingga 31 Disember lalu, KDRM merampas 490 juta batang rokok yang bernilai RM64.55 juta. Jumlah itu kurang daripada 495 juta batang rokok yang dirampas, atau bernilai RM58.2 juta, pada 2008.

Duti kastam tidak dibayar mencecah RM233.29 juta, hampir sama dengan RM233.7 juta pada tahun 2008.

Di seluruh dunia, rokok haram membentuk 5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan rokok, atau 303 bilion batang rokok.

Tiga pengilang rokok terbesar di negara iaitu BAT, Japan Tobacco International (JTI) dan Philip Morris International (PMI) menguasai lebih 90 peratus daripada bahagian pasaran rokok.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan