Najib Bangga Guna Facebook Berhubung Dengan Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: Selain politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook.

Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama dan muda.

Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.

"Saya bercadang untuk menjemput kesemua mereka minum teh dengan saya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa," Najib memberitahu New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya baru-baru ini ke Chennai.

"Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan.

"Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)," kata Najib, yang ceria berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.

Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan," beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual eksklusif.

Najib mengakhiri temu bual itu dengan berkata, para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan