Lebih 100 Sukarelawan Bersihkan Kawasan Batu Caves

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibadat bagi penganut agama Hindu sempena Thaipusam ini bukan sahaja dengan membawa kavadi dan menyertai perarakan Dewa Murugan malah menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah ibadat itu juga merupakan sebahagian daripada amalan mereka.

Justeru, lebih 100 sukarelawan Persatuan Sathya Saibaba sentiasa memastikan kebersihan persekitaran Batu Caves dalam keadaan terkawal.

Penyelia Perkhidmatan Persatuan itu, K.Ravindran berkata, sukarelawannya giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan itu walaupun upacara sembahyang masih lagi berjalan.

"Kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri oleh sukarelawan kami. Oleh kerana Batu Caves sentiasa menerima kunjungan pelancong, sejak awal pagi tadi kami telah menjalankan kerja pembersihan dan dijangka selesai lewat malam ini.

"Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan di luar kawasan ini, akan diselenggara oleh kontraktor yang dilantik," katanya.

Selain itu katanya, kebersihan amat dititikberatkan pasukan sukarelawan disebabkan kempen menderma darah oleh Pusat Darah Negara yang berjalan sejak tiga hari lepas.

Ravindran turut memberitahu seramai 1,025 orang menderma darah sepanjang kempen itu manakala kira-kira 200 rakyat Malaysia mendaftar sebagai penderma organ.

Sementara itu, seorang pengunjung, S.Devamani berkata, orang ramai perlu memainkan peranan menjaga kebersihan persekitaran kawasan Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam itu.

"Kita jangan hanya bergantung kepada pihak berkuasa atau pihak pengurusan kuil untuk membersihkan kawasan ini malah sebagai penganut agama Hindu, kita perlu bertanggungjawab memelihara kesucian rumah ibadat ini," katanya.

R. Sukumaran ketika ditemui selepas menyempurnakan ibadatnya memuji pihak pengurusan kuil kerana pantas melakukan kerja-kerja pembersihan walaupun upacara sembahyang masih berjalan.

"Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sampah-sampah yang bertaburan telah mengotorkan pemandangan namun, apa yang dilakukan pihak pengurusan dengan menempatkan sukarelawan mereka membersihkan kawasan sekitar ia dilihat lebih terkawal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan