Kontraktor Plaza Rakyat Diberi Amaran

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengeluarkan notis amaran kepada kontraktor projek pembinaan Plaza Rakyat agar meneruskan projek tersebut seawal-awalnya minggu depan, dan jika ingkar, tender akan ditarik balik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, notis itu akan diberikan kepada kontraktor dalam seminggu dua ini agar mereka meneruskan kerja-kerja pembinaan.

"Dan jika dalam masa dua bulan lagi tiada apa-apa kemajuan di situ (Plaza Rakyat) maka tender kontraktor akan ditamatkan dan kita akan buka tender baru," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper dan ang pau Tahun Baru Cina kepada 150 warga emas dan golongan kurang upaya dalam Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai perkembangan terkini projek pembinaan Plaza Rakyat, yang telah terbengkalai sejak 12 tahun lepas berikutan beberapa kali bertukar tangan.

Global Upline dilaporkan sebagai pemaju projek itu pada masa ini yang diberi tanggungjawab untuk meneruskan pembinaan tiga bangunan 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 tingkat untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel murah.

Projek itu yang pada awalnya menelan belanja RM1.2 bilion merupakan usahasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tetuan Plaza Rakyat Sdn Bhd (PRSB) berikutan perjanjian yang ditandatangani pada 16 Dis 1992, di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.

Selepas tiga minggu dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan mengejut ke projek itu yang kini di bawah Majlis Ekonomi Negara (EPU), dan sekali lagi pada September 2009.

Berikutan lawatan itu, Najib juga telah mengarahkan Raja Nong Chik memastikan projek itu dijalankan semula secepat mungkin, dan mahu pemaju diberi kata dua supaya menyiapkannya.

Menyentuh mengenai bayaran pampasan kepada penyewa di bangunan yang terbengkalai itu, Raja Nong Chik berkata walaupun kerajaan tidak terlibat dengan perkara itu, kerana ia ditanggung oleh pemaju tetapi ia tetap akan membantu bekerjasama dengan pemaju bagai menyelesaikan masalah itu.

Mengenai pembinaan jejambat di kawasan Bangsar Baru dan Bangsar Park yang ditentang oleh persatuan penduduk di situ, beliau berkata ia tidak akan diteruskan jika ia tidak dipersetujui penduduk setempat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan