Kontraktor Diberi 3 Bulan Baik Pulih Hospital

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan telah memberi tempoh sehingga 30 April ini untuk pihak kontraktor menyiapkan segala kerja-kerja pemulihan dan kerosakan bangunan Hospital Duchess of Kent di sini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerosakan tersebut telah dilaporkan kepada kontraktor yang membina bangunan itu tetapi mereka berdolak-dalih dan masih belum melaksanakan sebarang kerja baik pulih sehingga hari ini.

Katanya, sebuah jawtankuasa khas diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Maimunah Abdul Hamid ditubuhkan bagi memantau dan memastikan kerja-kerja baik pulih itu siap mengikut jadual.

"Jawatankuasa khas ini akan memastikan pihak kontraktor menunaikan janji-janji mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke hospital itu hari ini.

Menurutnya, hospital itu diberi peruntukan RM2.75 juta bagi menaiktaraf Unit Dietetik dan Sajian, Dewan Bedah Lama, pendawaian elektrik di wad bersalin serta menubuhkan Unit Tradisional bagi menyediakan rawatan alternatif kepada pesakit.

Selain itu, Liow juga mengumumkan peruntukan RM350,000 bagi pembelian kelengkapan rawatan mata dan mesin ultra sound untuk hospital tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan