Klinik 1Malaysia Di Pedalaman Bukti Keprihatinan Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, merupakan klinik pertama seumpama itu yang dibina di kawasan pedalaman sebagai tanda keprihatinan Kerajaaan Pusat terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi masalah kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu dengan mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.

"Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesukaran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli.

"Justeru itu kita meminta kerajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini hari ini.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kewujudan klinik terbabit di kawasan itu menjadikannya sebagai klinik 1Malaysia pertama di kawasan luar bandar berbanding 49 buah klinik lain di seluruh negara termasuk tiga buah klinik di Kelantan yang kesemuanya terletak di kawasan pekan dan bandar.

Mustapa berkata, dengan adanya klinik berkenaan, ia memberi kemudahan kepada hampir 10,000 isi rumah di kampung terbabit dan sekitarnya yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan rendah.

"Sebelum ini penduduk di sini dan kampung berdekatan yang tidak berkemampuan menghadapi kesukaran untuk ke hospital Jeli yang jaraknya kira-kira 30 kilometer dengan menaiki kenderaan awam, kini kesukaran itu dapat diatasi apabila adanya klinik 1Malaysia yang bersedia memberikan rawatan kepada penduduk selama tujuh hari seminggu," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk menubuhkan klinik 1Malaysia di seluruh negara dan Kelantan memperoleh empat buah klinik 1Malaysia iaitu di pekan Jelawat, Bachok, Pengkalan Batu, Pasir Mas, Sri Cemerlang, Kota Bharu dan di Batu Melintang, Jeli.

Sementara itu, rata-rata penduduk di kampung Batu Melintang dan sekitarnya menyifatkan klinik terbabit banyak membantu meringankan bebanan yang dihadapi mereka untuk mendapatkan rawatan.

"Pakcik ada lemah jantung, kerap kena ulang alik ke Hospital Jeli sebelum ini dengan naik bas atau teksi, memang payah tetapi bila ada klinik 1Malaysia ni duduk di belakang (membonceng motosikal) pun boleh sampai," kata Latif Wan Hamad, 74, seorang penduduk Kampung Kuala Lah dekat Batu Melintang.

Seorang lagi penduduk kampung berdekatan, Salmah Mohd Noor, 46, berkata, ketiadaan klinik terdekat sebelum ini amat menyeksakannya yang memiliki lapan orang anak serta tidak mempunyai kenderaan.

"Paling risau bila anak-anak kecil sakit dan demam serentak, payahnya nak bawa ke hospital apatah lagi di waktu malam. Dengan klinik ini rasa lega sangat, apatah lagi dibuka dari pukul 10 pagi sampai 10 malam dengan penolong pembantu perubatan dan jururawat yang baik-baik belaka, terima kasihlah kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan