Khidmat Internet TM Terganggu Akibat Sirkit Rosak - Berita Semasa | mStar

Khidmat Internet TM Terganggu Akibat Sirkit Rosak

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM hari ini, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

"Untuk mengatasi masalah itu, beberapa laluan internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,: tambah kenyataan itu.

Menurut TM, berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau menghantar e-mel di help. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan