Budak Lelaki Parah Cedera Parah Kaki Tersangkut Di Eskalator

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Utama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu.

Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan ibu mangsa.

Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kira-kira pukul 11.56 pagi.

Sebuah jentera dengan lima anggota telah bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan