BN Sarawak Akan Menang Besar: Shafie Apdal

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Barisan Nasional Sarawak (BN) dijangka mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri akan datang berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk di kawasan pedalaman.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keyakinan terhadap kejayaan BN negeri itu adalah berdasarkan pertemuannya dengan penduduk semasa lawatannya ke kawasan pedalaman.

Meskipun mandat BN memerintah kerajaan negeri hanya berakhir pada Jun 2011 namum berdasarkan pengalaman lalu, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.

"Dalam banyak lawatan saya, rakyat telah membayangkan kepada saya bahawa mereka akan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN. Bagaimanapun, kita perlu meneruskan usaha gigih dalam membela nasib rakyat negeri ini," katanya.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama rakyat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bungan Besar di Batang Igan, kra-kira dua jam perjalanan menaiki bot laju, dari sini, hari ini.

Beliau dijemput melawat kawasan itu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Asan, Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihataan Awam Negeri.

Esok, Mohd Shafie akan melawat rumah panjang Rh.Melintang di Sungai Gat di kawasan Hulu Balleh di Kapit sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, BN merampas 63 daripada 71 kerusi dengan DAP memang lima, Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi dan dua oleh ahli bebas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan