Akta Anti Pemerdagangan 2007 Boleh Dipinda Meskipun Baru Dikuat Kuasa, Kata Mahmood

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Meskipun baru diwujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (AAO 2007),ia boleh dipinda dari semasa ke semasa bagi memantapkannya, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.

Beliau berkata, pada 28 Februari ini, akta itu akan genap dua tahun dikuatkuasakan namun sudah ada pindaan yang dilakukan bagi memastikan pelaksanaannya berkesan.

Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada anggota-anggota di bawah jabatan dan agensi kementerian itu di sini malam tadi, beliau berkata, setakat ini sebanyak 180 orang telah didakwa mengikut akta itu.

Bagaimanapun, hanya 10 orang telah disabitkan kesalahan manakala kes selebihnya masih belum diselesaikan.

Di bawah akta itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau keduanya sekali.

"Saya telah arahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementerian menggunakan akta ini," katanya.

Ditanya sama ada akta itu masih mempunyai ruang untuk dieksploitasi oleh pendatang asing tanpa izin, Mahmood berkata, setiap ruang dan peluang akan ditutup melalui pindaan-pindaan dalam akta itu.

"Kita tidak mahu ada orang teraniaya kerana akta itu dan kita akan siasat secara menyeluruh dan terperinci sebelum melakukan pendakwaan," katanya.

Mengenai kebanjiran warga asing yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), beliau berkata perkara itu akan ditangani dengan bijak.

Katanya, Jabatan Imigresen dan UNHCR telah berbincang supaya satu kad khas dikeluarkan kepada mereka yang disahkan sebagai pelarian itu.

Bagaimanapun, menurutnya, Malaysia hanya menghulurkan simpati tetapi tidak mengiktiraf para pelarian yang kini berjumlah lebih 45,000 orang itu.

"Mereka tidak boleh bekerja secara tetap di negara ini tetapi diberi kelonggaran bekerja sambilan," katanya.

Ditanya kemungkinan wujud pemegang kad UNHCR palsu, beliau berkata, perkara itu sedang ditangani termasuk cadangan mengeluarkan kad khas kepada mereka.

Mengenai taklimat AAO 2007, Mahmood berkata, kesemua petugas di 126 pintu sempadan negara ini telah diberi taklimat mengenai akta itu.

Katanya, masih ada kakitangan jabatan dan agensi di bawah kementerian itu yang belum jelas mengenai akta itu dan yang demikian mereka perlu didedahkan dengannya melalui taklimat seumpama itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan