UPNM Tidak Ambil Pelajar Awam Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai tahun hadapan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak lagi mengambil pelajar baru di kalangan pelajar awam dalam usaha menjadikan universiti itu sebuah universiti ketenteraan sepenuhnya.

Naib Canselor universiti itu Left Jen Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin berkata sejak universiti itu dibuka pada 2007, universiti itu memperuntukkan kuota 20 peratus bagi pengambilan pelajar awam.

"Kini kuota tersebut akan diisi daripada kalangan pegawai kadet tentera sahaja," katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah kepada pegawai kadet pengambilan 2003/2004 dan 2005 di Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pemangku Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaludin.

Zulkifli berkata tindakan itu akan menjadkan UPNM sebagai sebuah universiti yang berbeza dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain di mana graduan universiti itu bukan sahaja ditekankan aspek akademik tetapi juga pembinaan karektor yang perlu pada bakal pemimpin masa hadapan.

Zulkifli berkata universiti itu juga akan menambah fakulti baru iaitu Fakulti Perubatan pada tahun ini, dan Fakulti Aeroangkasa pada tahun depan.

Pada masa ini universiti itu mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Pengurusan, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains dan Teknologi, yang menawarkan sembilan program. UPNM bakal menghasilkan graduan pertamanya seramai 155 orang pada Oktober tahun ini.

Pada majlis hari ini, seramai 381 pegawai kadet ditauliahkan termasuk 61 wanita dan daripada jumlah itu 190 orang adalah pegawai Perkhidmatan Tentera Darat (TD), 151 orang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)dan 40 orang dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Empat pegawai kadet terbaik menerima anugerah khas pada majlis hari ini dengan Mohd Faiz Mohamed, 24, dipilih sebagai pegawai kadet terbaik keseluruhan.

Ahmad Muadz Ahmad Shuhaili, 25, adalah pegawai kadet terbaik TD, Muhammad Sarmizi Abdul Halim, 23, (TLDM) dan Ashraf Mohamad Radzi, 24, (TUDM). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan